Komuniti Siber X SMVPJB/SMTPJB

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Palm Treo 680


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Palm Treo 680


PALM Inc (Palm) memperkenalkan telefon pintar nipis dan anggun terbarunya dikenali Palm(R) Treo(TM) 680 (Treo 680) yang disasarkan khususnya bagi segmen pelanggan telefon pintar baru di negara ini.

Versi telefon pintar terkini Palm itu direka dengan pelbagai ciri menarik seperti keupayaan bagi penggunaan aktiviti emel, pelayaran web, penghantaran mesej, multimedia, kalendar dan buku telefon.

Ia juga dilengkapi sistem komunikasi GSM, GPRS, EDGE jalur empat yang menepati penggunaan teknologi terkini dan sudah diperkenalkan di seluruh dunia ketika ini.

Dalam erti kata lain, ia adalah peralatan komunikasi terkini yang mempunyai keupayaan peranti berunsurkan komputer kecil bergerak.

Sebuah firma kaji selidik bagi pasaran terbabit menganggarkan menjelang 2011, 25 peratus kelengkapan telefon mudah alih tanpa wayar dunia adalah berunsurkan telefon pinta.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Palm sendiri pula mendapati sebahagian besar pengguna peranti komunikasi di dunia, termasuk Malaysia masih belum memiliki telefon pintar. Ia berikutan harga pasaran yang ditawarkan adalah terlalu mahal serta sukar untuk digunakan.

Naib Presiden Kanan pasaran global Palm, John Hartnett, berkata Treo 680 adalah peranti keluaran Palm yang menawarkan pelbagai ciri menarik dan lebih efisien kepada pengguna.

Katanya, rekaannya juga turut mengetengahkan ciri mudah diuruskan bagi kegunaan dalam kehidupan harian serta waktu bekerja.

“Ia adalah telefon pintar terkini Palm yang kecil, anggun dan mempunyai sistem operasi pantas,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hartnett berkata, selain rekaan menarik, Treo 680 itu sesuai digunakan bagi tujuan penghantaran dan penerimaan mesej, emel, akses internet lebih pantas serta menguruskan gambar begitu juga kandungan muzik yang digemari.

Ciri berbeza yang diketengahkan menerusi telefon pintar Treo 680 itu berbanding model sebelumnya adalah rekaan terkini Palm menampilkan reka bentuk nipis dan antena di bahagian dalamnya, papan kekunci lebih mudah untuk aktiviti menulis mesej serta emel dan memiliki skrin warna 320x320, menjadikan paparan laman web lebih jelas.

Ia juga adalah telefon pintar semua dalam satu yang mempunyai antara muka unik dengan inovasi teknologi terkini seperti berkemampuan untuk membuat panggilan tiga arah.

Selain itu, aplikasi yang dilengkapi pada Treo 680 mempunyai paparan perbualan mesej berasaskan teks yang dikenali ‘threaded chats’ menyamai aplikasi mesej segera (IM).

Treo 680 juga boleh digunakan sebagai pemain MP3 yang turut mempunyai kamera digital bersepadu, kamkorder dan pemain video.

Bagi versi Palm Treo 680 terkini itu, harga yang ditawarkan adalah RM1,988 dan sudah berada di pasaran sejak awal Februari ini.

Attachments
__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard