Komuniti Siber X SMVPJB/SMTPJB

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Penagih Dadah Saudi Dihukum Hafal Al-Quran


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Penagih Dadah Saudi Dihukum Hafal Al-Quran


RIYADH 23 Jan. – Sebuah mahkamah di sini mengarahkan seorang penagih dadah menghafal al- Quran dalam tempoh enam bulan untuk mengelak daripada disumbat ke dalam penjara.

Akhbar al-Watan melaporkan, “hukuman alternatif” tersebut berjaya menyelamatkan lelaki dari Jeddah itu daripada hukuman penjara enam bulan seperti yang dijatuhkan sebelum itu.

Bagaimanapun menurut akhbar itu, lelaki tersebut akan menerima hukuman dua kali ganda iaitu penjara selama setahun jika gagal menjadi seorang “hafiz” dalam tempoh enam bulan ini.

Dalam keadaan biasa, seseorang itu terpaksa menghabiskan tempoh selama dua tahun untuk membolehkannya menjadi seorang tahfiz.

Mahkamah Arab Saudi selalunya melaksanakan hukuman keras ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan sesuatu jenayah.

– Reuters



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard