SIOUX FALLS: Sebuah universiti di Sioux Falls di South Dakota menawarkan kursus menarik kepada pelajarnya mulai Februari ini iaitu mengenai janji temu.
Kursus dinamakan ‘Finding Dates Worth Keeping’ itu dikendalikan kaunselor perhubungan, Laurie Chaplin yang juga seorang terapi berlesen mempunyai pengalaman berkahwin 28 tahun.
Menerusi kursus itu pelajar bukan saja akan diajar bagaimana mengetahui sekiranya mereka terlalu meminati seseorang, tetapi juga mempelajari bila masa sesuai untuk berpisah dengan pasangan masing-masing. – Agensi