Komuniti Siber X SMVPJB/SMTPJB

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SGH-Z560 miliki teknologi HSDPA


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
SGH-Z560 miliki teknologi HSDPA


SGH-Z560 miliki teknologi HSDPA
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad



TERKINI: Model terbaru telefon mudah alih Samsung
berteknologi Capaian Paket Data Berkelajuan Tinggi
(HSDPA) model SGH-Z560.







 

Samsung sediakan telefon terbaik melalui model terbaru bagi pastikan pengguna berupaya mengakses aplikasi lebih luas dengan kelajuan tinggi

SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (SME) terus memperkukuhkan kepemimpinan teknologinya dalam segmen telefon mudah alih di negara ini dengan memperkenalkan telefon mudah alih berteknologi Capaian Paket Data Berkelajuan Tinggi (HSDPA) model SGH-Z560.

SGH-Z560 ini dihasilkan ekoran kejayaan model sebelum ini, SGH-ZV50, telefon HSDPA pertama dunia. Teknologi HSDPA membolehkan muat turun bahan multimedia lebih besar selain permainan multimedia interaktif melalui akses internet tanpa wayar berkelajuan tinggi.

SGH-Z560 menyokong penghantaran data 1.8Mbps dan dilengkapi dengan kamera dua mega piksel autofocus, kekunci muzik sesentuh luaran, memori dalaman 24MB dan slot luaran MicroSD.

Dengan hanya 16 milimeter (mm), model ini dianggap paling langsing dan mempunyai paparan besar bagi memudahkan fungsi multimedia. Ia menggunakan LCD 262K QVGA 2.3 inci untuk memberikan imej yang jelas dan terang.

Pengurus Besar Pemasaran Telefon Mudah Alih SME, Gordon Kim, berkata SGH-Z560 menjadi platform penting dalam usaha mengembangkan penggunaan teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) di negara ini.

Katanya, sebelum ini, ketiadaan telefon yang berupaya memberi fungsi lebih baik selain reka bentuk menarik dikatakan antara penghalang utama kepada penerimaan dan penggunaan 3G secara besar-besaran di negara ini.

“Pengenalan SGH-Z560 ini mampu mengatasi halangan perkembangan 3G itu dan Samsung komited ke arah menjadi pemimpin dalam teknologi itu.

“Samsung memberikan telefon terbaik melalui model ini sama ada dari segi reka bentuk atau fungsi bagi memastikan penggunanya berupaya mengakses aplikasi yang meluas dengan kelajuan yang tinggi,” katanya.

Model SGH-Z60 ini sudah berada di pasaran dengan harga RM1,599.

SPESIFIKASI:

STANDARD: HSDPA 1.8Mbps, WCDMA/Edge/GPRS (900/1800/1900MHz/2.1GHz).
KAMERA: Dua Mega piksel, auto fokus dan VGA
PAPARAN: 2.3 inci 240x320 262K TFT (Dalaman) 1.07 inci 96x96 65K TFT (Luaran).
CIRI LAIN: Rakaman video dan penghantaran mesej (MPEG4/H.263). Pemain muzik (MP3/AAC/AAC+/e-AAC+). 64 nada dering polifonik/MP3. Dua pembesar suara/amplifier kuasa digital/kekunci muzik sesentuk luaran. Bluetooth/USB/PictBridge.
SAIZ: 97.3x51.3x16.3mm
BERAT: 98 gram.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard