Komuniti Siber X SMVPJB/SMTPJB

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Apple iPhone: The real iPod killer


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Apple iPhone: The real iPod killer






 



 



10/01/2007
To say that we were bowled over by Steve Job's iPhone keynote is an understatement. Try bamboozled, flabbergasted and astounded. Like our three choice adjectives, the iPhone will be three things: Part internet access device, part music player and certainly, part phone.


Jobs was not kidding when he said that the phone has been reinvented. With OSX, a new multi-touch interface, Safari browser, 11.6mm thickness, widgets, 8GB storage and a gorgeous design, who's kidding who? At the keynote, the sharply crisp resolution of the 3.5-inch screen during the Google Maps and New York Times demonstration also caused more than a few jaws to drop.

What's interesting is the multi-touch interface. Claiming to be able to eliminate accidental finger activations and increased accuracy, it looks set to become the holy grail of the touchscreen world and may well replace the Click Wheel when the iPod video is introduced later.

For customers in the US, the iPhone will be available by June. But unfairly, punters in Asia will have to wait till 2008 (no, it's not a typo) before they can put the iPhone through its paces. Talk about being long-awaited.


 


 


 


 



Attachments
__________________


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Cisco sues Apple over use of iPhone name


SAN FRANCISCO - Cisco Systems sued Apple Inc. in federal court Wednesday, saying the computer maker's new iPhone violates its trademark.


The lawsuit, filed in U.S. District Court for the Northern District of California, came just a day after Apple CEO Steve Jobs unveiled the Apple iPhone in dramatic fashion at a trade show in San Francisco.

But even while Jobs was trumpeting the product during his keynote address to Apple faithful, the matter of the product's naming had not been resolved behind the scenes between two of the biggest names in Silicon Valley.


San Jose-based Cisco, the world's largest network-equipment maker, has owned the trademark on the name "iPhone" since 2000, when it acquired InfoGear Technology Corp., which originally registered the name.


And three weeks ago, Cisco's Linksys division put the trademark to use, releasing an Internet phone called "iPhone" that uses the increasingly popular Voice over Internet Protocol, or VoIP.


But on Tuesday, Jobs unveiled Apple's own iPhone, a "game-changing" touch-screen-controlled cell phone device that plays music, surfs the Web and delivers voicemail and e-mail.


Apple spokeswoman Natalie Kerris said she could not immediately comment on the lawsuit.


Cisco said Tuesday it had been negotiating for several years with Apple over a licensing agreement, but that Apple lawyers had not signed and returned the final contract.


"Cisco entered into negotiations with Apple in good faith after Apple repeatedly asked permission to use Cisco's iPhone name," said Mark Chandler, Cisco senior vice president and general counsel, in a statement. "There is no doubt that Apple's new phone is very exciting, but they should not be using our trademark without our permission."


Cisco is seeking injunctive relief to prevent Apple from copying Cisco's iPhone trademark.


"Today's iPhone is not tomorrow's iPhone. The potential for convergence of the home phone, cell phone, work phone and PC is limitless, which is why it is so important for us to protect our brand," Chandler added



__________________


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Apple ceburi dunia telefon mudah alih


iPhone dijangka berada di pasaran Asia tahun depan dilengkapi aplikasi kelas desktop lima tahun





 

APPLE Computer Inc (Apple) mengumumkan ia mula menceburi segmen perniagaan bagi pasaran telefon mudah alih menerusi produknya, iPhone yang dijangka berada di Asia pada 2008.

Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs, berkata syarikat itu menampilkan peralatan komunikasi yang turut dilengkapi kemudahan mengakses internet, pemain muzik dan kamera digital berasaskan teknologi Apple.

“Sesekali produk berevolusi yang mampu membuat perubahan akan diperkenalkan. Ia adalah seperti mempunyai internet dan kehidupan di dalam poket.

“Produk ini menampilkan antara muka terkini dan dilengkapi perisian yang dibangunkan untuk lima tahun ke hadapan berbanding telefon lain.

“Aplikasi kelas desktop kami tidak seperti aplikasi cacat yang disediakan bagi produk telefon mudah alih lain,” katanya dalam satu kenyataan di San Francisco, baru-baru ini.

Beliau berkata, kebanyakan telefon berprestasi tinggi ketika ini digelar telefon pintar, tetapi ia masih dianggap tidak begitu pintar dan sukar untuk digunakan.

Katanya, syarikat itu yakin tiga alatan dalam satu, iPhone akan menjadi produk yang perlu dimiliki dan dijangka mengikut fenomena kejayaan iPod, walaupun wujud persaingan.

“Apple sering berdepan persaingan sengit bagi segmen perniagaan kami dan ia adalah lumrah dalam dunia perniagaan,” katanya.

Bagi pasaran pemain muzik, Apple kini mendahului pesaingnya menerusi pengenalan produk muzik, iPod apabila syarikat itu berjaya menjual dua bilion lagu di iTunes iaitu perkhidmatan muzik atas taliannya.

Steve berkata, jualan lagu yang dicatatkan untuk sehari adalah lima juta, menjadikan Apple vendor muzik keempat terbesar pada ketika ini.

Beliau berkata, bagi peralatan barunya pula, ia mampu meningkatkan penggunaan aplikasi kelas desktop yang diperkenalkan menerusi produk iPhone.

Untuk produk iPhone, ia akan dilancarkan dalam dua versi iaitu 4 Gigabait (Gb) yang ditawarkan pada harga AS$499 dan 8 Gb AS$599, dijangka mula dipasarkan di Amerika Syarikat Jun nanti.

Produk digital iPhone itu dihasilkan dengan rekaan nipis iaitu kurang daripada setengah inci (1.3 sentimeter) ketebalan dan turut menyediakan kamera digital dua megapiksel.

Sementara itu, Pengarah komunikasi Multimedia Nokia, Kari Tuutti berkata, syarikat itu sudah mula melancarkan peralatan seumpamanya pada 2002 dan 40 juta peralatan yang dilengkapi internet, muzik dan kamera dijual tahun lalu.

Beliau berkata, 250 juta unit dijangka dijual pada 2008 dan ia adalah pasaran yang sedang meningkat ketika ini.

“Masih terdapat banyak ruang untuk syarikat lain memasuki pasaran yang sedang berkembang ini,” katanya ketika menghadiri pertunjukan elektronik pengguna di Las Vegas, baru-baru ini.

Selain itu, Steve turut memperkenalkan peralatan berasingan yang membolehkan pengguna untuk menghantar video daripada komputer mereka ke televisyen.

Produk yang dikenali Apple TV itu akan membolehkan pemiliknya melakukan muat turun video aliran digital daripada komputer desktop atau laptop ke televisyen.

Ia boleh digunakan dengan perkhidmatan filem atas talian Apple yang boleh diperoleh di kedai iTunes.

Apple TV didatangi dengan cakera keras 40 Gb yang berkemampuan menyimpan sehingga 50 jam program video dan ia boleh melakukan storan video, foto serta muzik daripada komputer di dalam lingkungan tanpa wayar.

Kotak video itu dijangka akan berada di pasaran Februari ini pada harga yang ditawarkan AS$299.

Attachments
__________________


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
iPhone ancam pasaran telefon bimbit?


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
INDUSTRI pengkomputeran dan telekomunikasi dewasa kini semakin erat keakraban mereka seiring dengan banyaknya produk atau gajet yang mempunyai kedua-dua fungsi tersebut.

Jika sebelum ini pengeluar telefon bimbit mula memasuki pasaran industri pengkomputeran apabila mengeluarkan telefon bimbit dilengkapi pelbagai fungsi yang hanya terdapat di komputer, tetapi kini serangan balas sedang berlaku.


Syarikat-syarikat pengkomputeran terkenal seperti Hewlett-Packard (HP) dan Apple Inc. (Apple) kini ‘bergabung tenaga dan kepakaran’ untuk turut mencuri pasaran telefon bimbit pula.


Seperti diketahui, HP sebelum ini telah mengeluarkan peranti bantuan digital peribadi (PDA) terkenalnya, iPaq yang dilengkapi fungsi telefon bimbit.


Kecemerlangan iPaq merebut pengguna telefon bimbit ternyata memberi perangsang kepada Apple untuk melancarkan produk generasi terbaru mereka iaitu iPhone.


Pertama kali diperkenalkan pada Macworld Expo 2007 yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat, 9 Januari lalu, iPhone ternyata membawa pengaruh yang cukup besar sehingga dikatakan bakal mencatat sejarah baru dalam dunia teknologi dan telekomunikasi oleh para penganalisis.


Justeru tidak hairanlah mengapa legasi kedua gajet Apple selepas iPod ini mengundang resah yang bukan sedikit di kalangan pengeluar telefon bimbit seperti Nokia, Motorola Inc., Samsung Electronics dan Sony Ericsson.


Ini kerana, iPhone hadir sebagai produk ‘tiga dalam satu’ iaitu telefon bimbit, pemain muzik iPod dan peranti komunikasi bagi aplikasi Internet seperti e-mel, pelayaran Internet, peta dan enjin carian-sekali gus memberikan kawalan komunikasi sepenuhnya hanya di hujung jari.


Iphone sebenarnya sudah lama diuar-uarkan oleh Apple dan menjadi perbincangan hangat bukan sahaja di kalangan peminat teknologi, malah pengeluar telefon bimbit yang lain.


Namun, ramai yang tidak yakin dengan keupayaan Apple memandangkan syarikat berkenaan mengambil masa yang agak lama untuk membuktikannya sehinggalah ia diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs pada pameran itu.


Pelancaran iPhone tersebut bukan sahaja menutup mulut banyak pihak yang ragu- ragu dengan keupayaan Apple, malah Jobs turut memberikan mereka tamparan yang lebih hebat apabila memperkenalkan satu lagi produk terbaru pada pameran yang sama iaitu Apple TV.


Menariknya pada pameran itu juga, Apple telah memadamkan nama ‘Computer’ pada nama syarikat mereka menjadikannya hanya Apple Inc. sekali gus menyampaikan mesej yang cukup jelas bahawa syarikat itu tanpa ragu-ragu lagi kini melangkah ke gelanggang persaingan komunikasi dan produk elektronik.


Pemilihan nama iPhone juga mempunyai kisah tersendiri di sebaliknya yang mana nama itu sebenarnya terlebih dahulu digunakan oleh Cisco Systems (Cisco) untuk salah satu produk suara atas Protokol Internet (VoIP) mereka.


Namun kerana tidak mahu kehilangan pengenalan ‘i’ pada pangkal nama produk mereka dan bagi meneruskan kesinambungan pemain muzik iPod, Apple telah berbincang dengan Cisco bagi menggunakan nama Apple iPhone tersebut.


Nipis


Apple iPhone atau lebih mudah dipanggil IPhone yang beroperasi menggunakan sistem Mac OS X ini tampil nipis dengan ketebalan hanya 11.6 milimeter iaitu lebih nipis daripada telefon bimbit Motorola Q dan Samsung BlackJack.


Layar sesentuhnya yang berukuran 8.8 sentimeter memiliki resolusi 160 piksel per inci dan dilengkapi dengan browser (enjin carian) Safari serta kemudahan pencarian peta dari Google.


Ia juga didatangkan dengan satu tombol ‘home’, kamera dua megapiksel dan kekuatan penerimaan jaringan yang tidak pernah ada pada mana-mana gajet lain yang mana ia mampu berpindah daripada jaringan selular kepada Wi-Fi secara automatik.


Apple menawarkan dua model iPhone dengan kedua-duanya memiliki kapasiti simpanan data yang besar iaitu empat dan lapan gigabit.


Bersesuaian dengan sasaran pemasarannya yang ditujukan kepada golongan profesional, telefon bimbit berkenaan akan dijual di AS bermula Jun ini dengan harga pengenalan yang agak mahal.


Model empat gigabit akan dijual pada harga AS$499 (RM1,754) manakala mereka yang kerap melakukan proses muat turun di internet boleh membeli iPhone lapan gigabit yang berharga AS$599 (RM2,105).


Apple juga menaruh harapan besar dan yakin bahawa iPhone mampu terjual sehingga 10 juta unit pada tahun 2008 dan menggunakan pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar Amerika syarikat iaitu Cingular Wireless bagi memasarkan produk tersebut di negara itu.


Bagaimanapun, bagi pengguna di Asia termasuk Malaysia, masih belum ada tarikh yang jelas bilakah iPhone ini akan dipasarkan di sini namun ia dijangkakan pada tahun 2008.



Attachments
__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard