Komuniti Siber X SMVPJB/SMTPJB

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dana RM500j bantu peniaga terjejas banjir - Berita Harian


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Dana RM500j bantu peniaga terjejas banjir - Berita Harian


Oleh Kadir Dikoh, Mohd Feroz Abu Bakar dan Azli Ayob
Skim KJBI beri pinjaman tanpa cagaran dengan faedah rendah





 

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan dana khas bernilai RM500 juta bagi memberi pinjaman segera pada kadar faedah rendah untuk membantu memulihkan perniagaan yang terjejas akibat banjir.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata, dana yang dikenali Skim Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa (KJBI) itu ditubuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan dibuka semalam hingga 31 Mac ini.

Skim itu menyediakan pinjaman maksimum RM500,000 bagi sesebuah kumpulan syarikat dengan kadar faedah 2.5 peratus setahun, lebih rendah berbanding 6.69 peratus setahun yang ditetapkan institusi kewangan.

Tempoh bayaran balik pinjaman tanpa cagaran itu ialah tiga tahun dengan pembayaran pertama selepas enam bulan. Pinjaman itu juga diberi jaminan menerusi Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) bagi 80 peratus daripada jumlah pembiayaan termasuk kadar pokok dan faedah.

"Skim ini untuk semua (perniagaan) dan di mana saja tempat terjejas akibat banjir tanpa membeza-bezakannya. Jika peruntukan ini (RM500 juta) tidak cukup, kita tambah.

“Wang ini daripada pihak bank dan yang lainnya dalam bentuk subsidi yang dikendalikan oleh Bank Negara," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, caj kadar faedah 2.5 peratus sama untuk sistem konvensional dan sistem kewangan Islam, iaitu murabahah atau bai' bithaman ajil.

"Institusi kewangan dan insurans juga digalak mengambil pendekatan proaktif masing-masing untuk melaksanakan program bantuan bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan mereka yang terjejas akibat banjir," katanya.

Menjawab soalan, Abdullah bagaimanapun berkata, banjir baru-baru ini memberi impak minimum kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kelancaran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau berkata, kerajaan mengekalkan sasaran pertumbuhannya sebanyak 5.8 peratus bagi tahun lalu.

Sementara itu, BNM memberi jaminan institusi kewangan dapat meluluskan pinjaman khas itu dalam tempoh dua minggu.

Pinjaman itu boleh didapati dari mana-mana bank komersial, Bank Islam, Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Bank Pertanian Malaysia.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd Razif Abd Kadir, berkata bank pusat juga akan memantau proses penyaluran pinjaman itu bagi memastikan bank terbabit dapat mempercepatkan proses kelulusan.

“Kita tidak boleh melihat pemberian pinjaman di bawah dana ini sebagai kes biasa. Peniaga yang terjejas dengan banjir memerlukan dana segera bagi memulih dan menggerakkan semula perniagaan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Mohd Razif berkata, Bank Negara sudah mengadakan pertemuan dengan ketua eksekutif bank dan meminta mereka memberi kerjasama dalam mempercepat dan memudahkan proses kelulusan pinjaman itu.

“Bagaimanapun ia terpulang kepada bank terbabit untuk membuat penilaian mengenai kelayakan pemohon. Bank Negara akan membantu, antaranya dalam memastikan tiada pertindihan permohonan di bawah dana itu,” katanya.

Beliau berkata, pinjaman di bawah dana itu terhad kepada perniagaan di kawasan yang diisytiharkan Bahagian Keselamatan Negara sebagai kawasan bencana banjir.

Setakat ini kawasan terbabit meliputi semua daerah di Johor dan Melaka; Tampin, Gemas, Rembau dan Jempol, Negeri Sembilan; Rompin, Kuantan, Maran dan Pekan, Pahang; Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu, Terengganu; Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas, Kelantan; Kota Marudu, Kudat, Nabawan, Tenom, Beaufort dan Pitas, Sabah dan Tatau, Sarawak.

Mohd Razif berkata, institusi kewangan tempatan juga mengambil beberapa langkah bagi meringankan beban peniaga terbabit seperti membenarkan penangguhan pembayaran semula pinjaman di bawah dana itu kepada enam bulan.

Langkah lain termasuk memberi peluang kepada perniagaan menyusun atau menjadualkan semula pinjaman, mengecualikan bayaran caj pembayaran lambat, menimbangkan permohonan meningkatkan had kad kredit serta pengecualian caj penggantian kad ATM, buku cek dan buku simpanan.

Beliau berkata, bank turut melanjutkan waktu perbankan dan mengecualikan caj yang dikenakan bagi transaksi antara cawangan bagi pelanggan di bank yang terjejas akibat banjir

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard