Komuniti Siber X SMVPJB/SMTPJB

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: OQO model baru generasi kedua


Optima 90/91

Status: Offline
Posts: 144
Date:
OQO model baru generasi kedua


Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

Komputer mudah alih paling kecil di dunia dilengkapi perisian Windows

OQO memperkenalkan model terbaru komputer peribadi (PC) paling mudah alih model 02 yang menjadi PC paling kecil di dunia dengan saiz hanya 5.6x3x1 inci dan berat kira-kira satu paun yang menggunakan sistem operasi (OS) Windows Vista, Microsoft.
Model ini dikeluarkahasil kejayaan model 01 dan model 01+ juga dianggap sebagai telefon mudah alih menggunakan kuasa Microsoft sepenuhnya kerana ia memanfaatkan OS Windows Vista yang membolehkannya mengendalikan Skype serta aplikasi lain.

Ia adalah generasi kedua OQO yang berupaya mengendalikan perisian dan OS desktop lengkap termasuk Windows XP dan Windows Vista.

Model OQO 02 ini menggunakan pemproses dengan voltan berkuasa rendah, C7M ULV dan cip set VX700 dengan integrasi grafik yang dikeluarkan VIA Technologies Taiwan,

Produk itu diperkenalkan oleh Pengerusi Microsoft, Bill Gates di Pameran Konsumer Pengguna (CES) di Las Vages, baru-baru ini.

Model OQO 02 menggunakan OS Windows Vista Microsoft dengan bercirikan CPU 1.5GHz, 1GB RAM, 60GB HDD dan paparan lima inci, WiFi 802.11a/b/g, Bluetooth 2.0+EDR, EV-DO (pilihan) dan set standard I/O port.

Model 02 dikatakan empat kali lebih laju dan paparan enam kali lebih terang berbanding model 01+. Ia direka cipta semula dengan papan kekunci cahaya belakang dan TouchScroller bagi memudahkan input dan melayari Internet.

Dengan menggunakan sambungan tanpa wayar seperti WiFi, EV-DO tanpa wayar sistem rangkaian meluas (WAN), ia memberi jaminan kepada pengguna akses ke Internet, e-mel dan aplikasi sistem rangkaian pada kelajuan tinggi.



-- Edited by anif at 09:07, 2007-01-23

Attachments
__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard